Monday, April 1, 2013

Sepintas lalu.....


UMK MTB Club bukan lagi asing di arena sukan basikal bukit di dalam menganjurkan Program Jamboree Berbasikal. Bermula pada tahun 2011 UMK MTB Club telah menjadikan acara ini sebagai acara tahunan sempena majlis Konvokesyen UMK. Setelah dua tahun mengharungi cabaran untuk menganjurkan program berbasikal, UMK MTB Club telah memberanikan diri untuk membuka pintu penganjuran kepada peserta luar negara.

Idea penganjuran daripada hanya untuk peserta dalam negara kepada program antarabangsa ialah YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaku Menteri Mentor UMK semasa merasmikan Program Berbasikal: Hard Rock Jeli Ride 2012 di UMK Kampus Jeli pada tahun lalu. Ini merupakan cabaran yang besar kepada kami untuk melaksanakan penganjuran tersebut. Kejayaan penganjuran program pada 2012 telah menguatkan lagi semangat ahli kelab untuk menyahut cabaran tersebut. 







Keratan Akhbar HRJR 2012:





No comments:

Post a Comment