UMK MTB Club bukan
lagi asing di arena sukan basikal bukit di dalam menganjurkan Program Jamboree
Berbasikal. Bermula pada tahun 2011 UMK MTB Club telah menjadikan acara ini
sebagai acara tahunan sempena majlis Konvokesyen UMK. Setelah dua tahun
mengharungi cabaran untuk menganjurkan program berbasikal, UMK MTB Club telah
memberanikan diri untuk membuka pintu penganjuran kepada peserta luar negara.
Idea penganjuran
daripada hanya untuk peserta dalam negara kepada program antarabangsa ialah YB
Dato’ Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selaku
Menteri Mentor UMK semasa merasmikan Program Berbasikal: Hard Rock Jeli Ride
2012 di UMK Kampus Jeli pada tahun lalu. Ini merupakan cabaran yang besar
kepada kami untuk melaksanakan penganjuran tersebut. Kejayaan penganjuran
program pada 2012 telah menguatkan lagi semangat ahli kelab untuk menyahut
cabaran tersebut.
Keratan Akhbar HRJR 2012: